Posts

Showing posts from June, 2020

TOPIK TAMBAHAN : KPS3014 KUMPULAN O KULIAH MISS IZAZOL

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Okay, tak banyak pon yang nak saye kongsikan mengenai kelas KPS3014 Pengursan Pembelajaran yang dibimbing oleh Miss Izazol. Setakat ini, hanya beberapa kelas sahaja yang bersemuka di UPSI, tetapi selepas berlakunya musim pendamik covid-19 ni pembelajaran secara atas talian dari rumah sahaja. Namun begitu, bersyukur kepada Allah, kumpulan PBS kami sempat menjalankan lawatan ke sekolah sebelum PKP yang lepas. Kelas miss best giler laaa...miss sempoi jer ajar kami, alhamdulillah mudah faham, TAPI...everytime masuk jer kelas miss, confirm tahap nervous sama level dengan gunung mat cincang. Saya hanya hendak berkongsi dengan miss izazol satu secret about diri saya. Actually kan dalam kelas miss tuh ade ex-crush saya. Awal-awal masuk UPSI dulu dah saye ade hati dengan si dye. TAPI...saya pendam, TUPTUP...one day, dye confess kat saye dulu yang dye suke dekat saye. Bermula laa episode berbunga-bunga. Kami sempat berkenalan dalam masa 3 bulan,

Bab Tambahan B : Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Image
Latar Belakang Pendidikan Pencegahan Dadah Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan 'Dadah Musuh Utama Negara'. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa) di sekolah. Sasaran utama program berkenaan ialah murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa. PPDa di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu; Pengurusan dan Kepimpinana Kurikulum  Kokurikulum Pembentukan Sahsiah Objektif Pendidikan Pencegahan Dadah Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru, kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan gejala dadah. Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani. Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nialai murni. Me

Bab Tambahan A : Pengurusan Keselamatan Sekolah

Image
DEFINISI Sekolah Selamat didefinisikan  sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan atau ancaman dari mana-mana pihak samada dari luar mahupun dari dalam sekolah. OBJEKTIF Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan. Mempastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.  Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat. Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah. Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka. Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat(JKSS) Pengerusi : Pengetua/Guru Besar  Naib Pengerusi : Penolong Kanan HEM