Bab Tambahan B : Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
Latar Belakang Pendidikan Pencegahan Dadah
Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan 'Dadah Musuh Utama Negara'. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa) di sekolah. Sasaran utama program berkenaan ialah murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.
PPDa di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu;

- Pengurusan dan Kepimpinana
- Kurikulum
- Kokurikulum
- Pembentukan Sahsiah
Objektif Pendidikan Pencegahan Dadah
- Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru, kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan gejala dadah.
- Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
- Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nialai murni.
- Melibatkan dan mewujudkan permuafakataan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.
Prinsip Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah
- Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program PPDa.
- Pendidikan Pencegahan Dadah adalah untuk semua murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.
- Pengetahuan, nilai, kemahiran, pengalaman, sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.
- Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan dan jati diri murid.
- Pendidikan Pencegahan Dadah adalah tanggungjawab semua warga sekolah.
- Program Pendidikan Pencegahan Dadah hendaklah menjurus ke arah 'Sekolah Bebas Dadah'.
Rasional
Masalah penggunaan dadah yang berleluasahari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah secara sistematik dan berkesan.
Comments
Post a Comment