Bab Tambahan A : Pengurusan Keselamatan Sekolah
DEFINISI
Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan atau ancaman dari mana-mana pihak samada dari luar mahupun dari dalam sekolah.
OBJEKTIF
SEKOLAH SELAMAT FIZIKAL
SEKOLAH SELAMAT SOSIAL
Peranan Sekolah
Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan atau ancaman dari mana-mana pihak samada dari luar mahupun dari dalam sekolah.
OBJEKTIF
- Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.
- Mempastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.
- Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
- Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
- Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
- Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah.
- Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.
- Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka.
Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat(JKSS)
Pengerusi : Pengetua/Guru Besar
Naib Pengerusi : Penolong Kanan HEM
Setiausaha : Kaunselor Sekolah
Ahli-ahli : -Wakil ibu bapa -Wakil guru -Wakil murid -Polis -Wakil Pejabat Kesihatan Daerah/ Klinik Kesihatan -Bomba -JKKK/Rukun Tetangga -Jabatan Kebajikan Masyarakat -Wakil Persatuan Belia -Penghulu/Ketua Kampung -Majlis Perbandaran/Daerah -NGO -Individu yang boleh menyumbang
Fungsi Jawatankuasa
- Menyediakan peraturan dan tanggungjawab semua warga sekolah.
- Menyediakan peraturan dan tanggungjawab pihak lain(komuniti/keluarga).
- Promosi secara aktif peraturan kepada semua warga sekolah dan komuniti setempat .
- Mendidik dan melatih guru, kakitangan sekolah dan ahli komuniti tentang prosedur keselamatan.
- Memastikan wujud kesedaran di kalangan semua pihak tentang isu Sekolah Selamat
- Melaksana, menilai dan mengkaji semula semua dasar dan prosedur Sekolah Selamat dari masa ke semasa.
- Keselamatan Bangunan
- Keselamatan bengkel, makmal, bilik khas
- Kebakaran, runtuhan
- Keselamatan semasa aktiviti sukan dan kokurikulum ketika di dalam dan luar sekolah.
SEKOLAH SELAMAT SOSIAL
- Disiplin Pelajar
- Keselamatan pergi dan balik sekolah
- Perkauman
- Diskriminasi
- Ganguan Seksual
- Salah guna dadah
- Isu kesihatan
Peranan Sekolah
- Mewujudkan Jawatankuasa Sekolah Selamat.
- Menyediakan Buku Panduan Polisi Sekolah Selamat untuk diedarkan kepada semua warga sekolah dan ibu bapa/penjaga.
- Menguatkuasakan semua peraturan sekolah dengan bersungguh-sungguh dan tegas.
- Memberi penerangan dan salinan peraturan sekolah kepada semua pihak yang memerlukan.
- Mewujudkan pelan pengurusan krisis.
- Mengenal amaran awal kes-kes keselamatan dan bagaimana menanganinya.
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
- Memasukkan unsur-unsur keselamatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Menggalakkan murid melaporkan sebarang kes yang berkaitan dengan keselamatan.
- Merekodkan semua peristiwa mengenai keselamatan.
- Meracang dan menyediakan pelan tindakan keselamatan bagi mengatasi masalah keselamatan dan semasa kecemasan .
- Menyediakan peraturan keselamatan.
- Mengadakan latihan kecemasan dan kebakaran.
- Mengemaskini kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaran dengan baik.
- Memastikan kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak luput tarikh penggunaanya.
- Memastikan nombor telefon semua pihak yang berkaitan seperti klinik kesihatan, balai bomba, dan balai polis berdekatan dipamerkan dengan jelas di tempat yang sesuai
Peranan Komuniti
- Melibatkan semua ketua masyarakat dalam proses menjadikan sekolah selamat.
- Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah.
- Memberi sumbangan material idea dan kepakaran dalam perkhidmatan kawalan keselamatan sekolah.
- Menyokong dan menjadi ahli dalam pertubuhan yang membantu meningkatkan keselamatan.
- Menyatakan had-had tingkah laku yang dikehendaki oleh komuniti.
- Mewujudkan sistem pemantauan kawasan sekitar sekolah bagi mencegah jenayah.
Peranan Keluarga
- Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah
- Melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti sekolah dan komuniti
- Memperkukuhkan nilai-nilai agama/moral kepada anak-anak
- Kerap berkomunikasi dengan anak-anak
- Mengenali rakan anak-anak
- Bekerjasama dengan ibu bapa lain
- Menjadi ahli dalam penubuhan yang boleh membantu membanteras isu-isu keselamatan
- Mendidik anak-anak bagaimana menjaga keselamatan diri.
Comments
Post a Comment