TOPIK 13 SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

ULASAN

Topik ini membincangkan mengenai  keberkesanan pengurusan sesebuah sekolah itu, ianya bukan sahaja bergantung kepada peranan pihak pentadbiran dan juga guru sebaliknya ianya juga bergantung kepada sekolah dan persekitaran yang memfokuskan kepada hubungan sekolah dengan masyarakat. Hal ini dimana, persekitaran ini merujuk kepada interaksi pihak sekolah dan pihak luar seperti ibu bapa, pihak kerajaan dan juga masyarakat sekeliling berdasarkan kepada hubungan tiga dimensi  iaitu tiga dimensi interaksi dalaman sekolah dan tiga interaksi luar sekolah. Setiap interaksi ini mempunyai kepentingan masing-masing bagi menyelesaikan perihal masalah di sekolah. Berdasarkan topik ini, saya dapat mempelajari mengenai hubungan antara sekolah dan ibu-bapa iaitu Persatuan Ibu Bapa Dan Guru(PIBG) dimana ibu bapa memainkan peranan dalam memberi sokongan berbentuk moral kepada pihak sekolah. Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan sebagai contoh kepada anak-anak selain daripada guru ketika di luar sesi persekolahan. Kesimpulannya, hubungan sekolah dengan masyarakat  sekeliling ini sangat penting bagi memastikan keberkesanan pentadbiran sesebuah sekolah tersebut selain dapat merapatkan hubungan diantara sekolah dengan pihak luar.



Comments

Popular posts from this blog

TOPIK 9 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Bab Tambahan B : Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)