TOPIK 4 ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
ORGANISASI
Sebuah organisasi dapat ditakrifkan sebagai sekumpulan manusia yang berkerjauntuk mencapai matlamat-matlamat yang tertentu dan dalam suasana yang tertentu.Mereka perlu bekerjasama dan berhubung antara satu dengan lain bagi menyiapkansesuatu tugas itu. Zainal Ariffin Ahmad dalam bukunya ‘Perlakuan Organisasi’(1998) telah mendefinisikan organisasi sebagai satu kumpulan manusia yang kerja bersama untuk mencapai matlamat umum. Sementara Campbell et al. (1988), pulamentakrifkan organisasi sebagai sekumpulan manusia yang bekerja untuk mencapaimatlamat-matlamat tertentu dalam sesuatu suasana yang tertentu.
KEPIMPINAN
Kepimpinan ialah “satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini ialah pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi” (Gordon 1955).
KEPIMPINAN TERTINGGI:
Menteri Pendidikan - Dr Radzi Jidin
Timbalan Menteri Pendidikan I - Dato' Dr. Mah Hang Soon
Timbalan Menteri Pendidikan II - Tuan Muslimin Yahya
PENGURUSAN TERTINGGI KPM :
Ketua Setiausaha - YBHG.Dato' Dr. Mohd Gazali Bin Abas
Timb. Ketua Setiausaha (Pembangunan Pelajaran)
Timb. Ketua Setiausaha (Pembangunan Pelajaran)
Timb. Ketua Setiausaha (Pengurusan)
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) - YBRS. Dr. Habibah Binti Abdul Rahim
Timb. KPP (Dasar & Pembangunan Pendidikan)
Timb. KPP (Dasar & Pembangunan Pendidikan)
Timb. KPP (Operasi Pendidikan)
Timb. KPP (Pembangunan Profesionalisme Keguruan)
Ketua Pengarah Pelajaran (KPP)
3 Timb. KPP
34 jabatan/bahagian/unit di KPM
PENGURUSAN SEKOLAH
PENGETUA:
-Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta
memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran.
GPK PENTADBIRAN (GPK 1):
-Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaannya.
-Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan
masyarakat dan keselamatan.
GPK HEM:
- Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong
Kanan 1(Pent.)
-Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
-Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
-Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan
kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah,
koperasi
sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama.
GPK KOKURIKULUM:
- Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong
Kanan 1(Pent.), dan GPK HEM.
-Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling -
pekeliling yang berkaitan dengan kokurikulum.
pekeliling yang berkaitan dengan kokurikulum.
Agihan Mata Pelajaran Mengikut Bidang
-BAHASA
-SAINS & MATEMATIK
-TEKNIK & VOKASIONAL
-KEMANUSIAAN
a) Gaya kepimpinan autokratik
Gaya kepimpinan jenis autokratik adalah lebih mengutamakan kepada kehendak kerja & menyelesaikan tugas. Pemimpin jenis ini akan menggesa orang bawahannya untuk menyempurnakan tugasan mengikut arahan yang dia telah berikan. Tiada hubungan atau komunikasi yang mesra terjalin antara pemimpin dengan orang bawahan kerana perbincangan hanya menumpukan terhadap tugasan yang diberikan. Apabila perbincangan, kebanyakan pendapat orang lain tidak diterima dan dia hanya inginkan pendapatnya sahaja diterima.
b) Gaya kepimpinan demokratik
Gaya kepimpinan demokratik adalah gaya yang paling berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kepimpinan jenis ini bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di bawah pimpinannya. Apabila membuat perbincangan, pemimpin akan mengajak ahli-ahli lain dan mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka. Pemimpin mampu menerima kritikan dan pendapat daripada orang bawahan dengan hati yang terbuka. Dia akan berusaha memperbaiki kelemahan diri agar disenangi orang bawahan.
c) Gaya kepimpinan kontegensi
Kaedah kepimpinan kontigensi memusatkan perhatiannya pada hukum situasi (Law of The Situation). Presthus dan Marry Parker menyatakan bahawa teori kontigensi kepimpinan adalah di mana gaya kepimpinan adalah berdasarkan situasi. Situasi berbeza ditangani dengan gaya kepimpinan yang tersendiri. Penerapan gaya kepimpinan yang bervariasi dalam menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan lebih efektif. Contoh situasi berbeza: struktur organisasi, kedudukan, tempat dan waktu, kelompok kerja.
d) Gaya kepimpinan Laissez-Faire
Laissez-faire secara amnya difahami sebagai satu mengurus atau mentadbir yang memberikan atau menjamin kebebasan kepada individu. Hal ini memberi ruang untuk individu lebih kritis dan kreatif. Dalam pengurusan di sekolah cara ini boleh diamalkan tetap tidak kepada semua guru dan staf, kerana dikhuatiri ada yang akan mengambil kesempatan ke atas kebebasan yang diberikan. Kebebasan yang diberikan bukan bermakna untuk mereka bertindak sewenangnya hingga membawa keburukan kepada organisasi Cara ini mungkin boleh ditadbir urus oleh pengetua atau guru besar kepada key personal tertentu seperti Guru Penolong Kanan atau Ketua Panitia.
Dalam topik ini, saya dapat memahami mengenai gaya kepimpinan, organisasi sekolah, kepimpinan peringkat sekolah dan kepimpinan guru. Hal ini dimana, kepimpinan tertinggi ini diketuai oleh Menteri Pendidikan yang memainkan tanggungjawab dalam mengendalikan hal ehwal pendidikan di Malaysia dan dibantu oleh Timbalan Menteri Pendidikan serta Pengurusan Tertinggi KPM. Seterusnya, pengurusan sekolah dimana pengurusan sekolah ini diketuai oleh pengetua yang memainkan peranan dalam pentadbiran sekolah dan dibantu oleh GPK Pentadbiran, GPK HEM, GPK Kokurikulum dan seterusnya. Berdasarkan pemahaman saya, pengetua memainkan peranan yang penting dalam memastikan keberkesanan sesebuah sekolah tersebut. Selain itu, guru kanan pentadbiran juga memainkan peranan dalam menggantikan tugas pengetua sekiranya ketiadaan pengetua. Seterusnya, bagi memastikan keberkesanan organisasi dalam pada peringkat sekolah, pengurusan sekolah akan membahagikan guru bidang iaitu bidang bahasa, sains dan matematik, teknik dan vokasional serta kemanusiaan. Kesimpulannya, bagi memastikan keberkesanan dan kemajuan pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan kepada kepimpinan sesebuah organisasi dimana organisasi pendidikan dari peringkat kepimpianan tertinggi sehingga peringkat bawahan.
NOTA TOPIK 4 ORGANISASI DAN KEPIMPINAN MISS IZAZOL
Comments
Post a Comment