TOPIK 11 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

ULASAN

Topik ini menjelaskan mengenai sikap saling hormat menghormati diantara budaya-budaya yang berbeza diantara pelbagai kelompok masyarakat. Berdasarkan topik ini, saya dapat mempelajari mengenai teori sosial pelbagai budaya di mana ianya terbahagi kepada tiga teori iaitu Teori Melting Pot 1: Anglo Conformity. Teori ini merujuk kepada golongan minoriti yang perlu menghormati pegangan golongan majoriti sebagai dominan. Seterusnya ialah Teori Melting Pot II : Ethnic Synthesis dimana golongan masyarakat bergabung bagi membentuk identiti yang baru. Disamping itu ialah Teori Cultural Pluralism : Mosaic Analogy dimana masyarakat yang bebas mempraktikan budaya yang berbeza mengikut golongan masyarakat. Berdasarkan teori-teori tersebut, saya dapat mempelajari bahawa terdapat pelbagai budaya yang berbeza dalam kalangan masyarakat walaubagaimanapun masyarakat masih bebas mempraktikan budaya masing-masing tanpa menimbulkan sebarang isu dan konflik. Sejajar dengan itu, dalam pendidikan juga terdapat pelbagai budaya dimana berdasarkan latar belakang murid yang berbeza yang disatukan dalam satu pengurusan yang dikenali sebagai pengurusan pelbagai budaya dalam bilik darjah. Hal ini dimana, ianya dilaksanakan mengikut persekitaran fizikal, hubungan guru dengan murid dan bimbingan serta kaunseling. Masyarakat yang berbeza dari segi pelbagai latar belakang ini dapat disatukan melalui pendidikan berdasarkan kepada program-program seperti Kelab Rukun Negara dan Kem Perpaduan. Kesimpulannya, menerusi bab ini saya dapat mempelajari bahawa pendidikan dapat menyatukan golongan masyarakat yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza melalui peranan guru. Guru mestilah berfikiran terbuka dan tidak mengamalkan sikap pilih kasih kepada murid-muridnya yang datang dari pelbagai kaum.



NOTA TOPIK 11 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA KULIAH MISS IZAZOL

Comments

Popular posts from this blog

TOPIK 9 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Bab Tambahan B : Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)