TOPIK 9 PENGURUSAN TINGKAH LAKU
ULASAN
Topik ini merujuk kepada tingkah laku seseorang inidividu. Tingkah laku juga merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkahlaku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Pengurusan Tingkah Laku merujuk kepada kaedah yang digunakan terhadap murid yang bermasalah berdasarkan kepada rancangan-rancangan tertentu. Menerusi bab ini, saya dapat memahami mengenai sistem data dan rekod yang digunakan bagi mengemaskini maklumat tahap disiplin pelajar. Hal ini dimana, sistem yang digunakan adalah Sistem Sahsiah Diri Murid diamana ianya digunakan untuk membantu pihak sekolah menentukan hukuman yang sepatutnya dikenakan kepada murid yang bermasalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas. Menerusi topik ini juga saya dapat mempelajari mengenai bidang tugas para guru seperti guru disiplin dalam mengurus tingkah laku murid dimana guru disiplin memainkan peranan bagi menentukan kesalahan murid dan tindakan yang akan dikenakan. Kesalahan murid sekolah ini adalah bergantung kepada kategori kes iaitu kategori kes buli,rokok, tingkah laku dan kes khas. Kes khas ini merujuk kepada perbuatan berjudi, mencuri, bergaduh dan sebagainya. Guru disiplin seterusnya memainkan peranan dalam menentukan kesalah murid berdasarkan kepada kos dan kategori kes. Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam mendisiplinkan murid selepas ibu bapa. Hal ini kerana, hanya murid yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dianggap sebagai berjaya berbanding dengan murid yang mempunyai masalah disiplin dan ianya juga dapat melatih pelajar dengan nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab,kasih sayang, bekerjasama, hormat-menghormati dan sebagainya.
NOTA TOPIK 9 PENGURUSAN DISIPLIN KULIAH MISS IZAZOL

Comments
Post a Comment