TOPIK 10 PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

ULASAN

Topik ini merujuk kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Hal ini kerana, unit bimbingan dan kaunseling merupakan unit yang penting dalam pendidikan dimana guru bukan sahaja memainkan peranan dalam pembelajaran sebaliknya juga dalam pembentukan disiplin dah sahsiah murid di sekolah. Topik ini juga menumpukan kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dimana para murid boleh mendpatkan khidmat kaunseling daripada guru kaunseling ataupun kaunselor. Selain itu, dapat mengenalpasti perbezaan antara bimbingan dan penasihatan dan juga kaunseling dan mengetahui 4 prinsip dalam pengurusan penasihatan murid. Dalam bab ini kita dapat mempelajari jenis ruang bilik kaunseling seperti bilik kaunseling individu dan kelompok. Guru kaunseling memainkan pelbagai peranan dalam perkembangan sahsiah disiplin, mental dan juga pengurusan akademik dan kerjaya murid. Hal ini adalah berdasarkan program-program tertentu seperti Amalan Guru Penyayang, Program Minda Sihat, Dasar Warga Emas Negara dan Pendidikan Kerjaya. Hal ini dimana, setiap program tersebut mempunyai kelebihan yag tersendiri dalam perkembangan sahsiah diri murid. Kesimpulannya, proses dan kaedah dalam pengurusan penasihatan murid yang merujuk kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan ini seterusnya dapat membantu pencapaian akademik murid serta dapat memotivasikan pelajar.



NOTA TOPIK 10 PENGURUSAN PENASIHATAN MURID KULIAH MISS IZAZOL

Comments

Popular posts from this blog

TOPIK 9 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Bab Tambahan B : Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)