TOPIK 14 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

ULASAN

Topik ini menjelaskan mengenai definisi pengurusan alam pembelajaran, kemahiran asas yang diperlukan oleh guru dalam mengurus pembelajaran, kepentingan pengurusan alam pembelajaran dan kaedah untuk mempelajari mengenai sesuatu yang baharu samada pengetahuan mahupun kemahiran. Berdasarkan topik ini, saya telah mempelajari mengenai aspek - aspek penting mengenai perancangan bagi aktiviti PdPc iaitu bagi memastikan pengajaran menjadi berkesan dan mencapai objektif pengajaran. Salah satu perancangan yang boleh dibuat oleh guru bagi memastikan aktiviti pengajaran berkesan adalah dengan menggunakan sumber ataupun bahan seperti buku teks, buku rujukan,komputer dan juga peta. Hal ini kerana, bahan-bahan yang digunakan tersebut merupakan salah satu komponen dalam PdPc selain daripada strategi pengajaran yang bersesuaian. Selain itu, salah satu pengurusan alam pembelajaran adalah guru mestilah cekap dalam menguruskan iaitu dengan melakukan persediaan sebelum mengajar. Berdasarkan topik ini, saya mendapati bahawa persediaan guru sebelum mengajar adalah penting bagi membantu kelancaran proses PdPc. Seterusnya salah satu kaedah yang boleh melatih guru ataupun bakal guru dalam pengurusan alam pembelajaran adalah berdasarkan kepada proram seperti Program Perantis Guru yang dapat membantu guru dalam pelbagai aspek terutamanya interaksi dan komunikasi serta pengurusan bilik darjah. Kesimpulannya, melalui tajuk ini saya mendapati bahawa pengurusan alam pembelajaran dalam kalangan guru ini adalah sesuatu yang penting bagi memastikan seseorang guru itu cekap dalam melakukan sesuatu tugasan dan dapat meningkatkan prestasi dan minat para pelajar dalam proses PdPc.


NOTA TOPIK 14 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN KULIAH MISS IZAZOL

Comments

Popular posts from this blog

TOPIK 9 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Bab Tambahan B : Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)