TOPIK 5 PENGURUSAN MURID


ULASAN

Topik ini menerangkan mengenai sesuatu proses pengurusan yang merujuk kepada proses merancang mengorganisasikan dan mengawal sesuatu perkara bertujuan untuk mencapai objektif tertentu. Dalam bab ini, saya dapat memahami mengenai pengurusan murid yang terbahagi kepada hal ehwal murid dan pembelajaran. Hal ini dimana, melalui pengurusan murid yang menumpukan kepada hal ehwal murid adalah berdasarkan kepada rekod murid. Pengurusan rekod murid ini merujuk kepada penggunaan sistem-sistem seperti SMM, APDM, dan juga SPS yang digunakan bagi mengemaskini status murid  dari segi perbezaan jantina, perbezaan kadar pertumbuhan fizikal, perbezaan perkembangan mental, perbezaan minat dan kecenderungan , perbezaan status sosioekonomi dan perbezaan kecerdasan individu. Dapat dilihat bahawa pengurusan rekod murid ini akan dikendalikan oleh guru kelas dan guru data dalam mengemaskini maklumat dan mengumpul data murid. Seterusnya, berdasarkan pengurusan murid yang menumpukan kepada pembelajaran. Hal ini dimana pembelajaran ini merujuk kepada kesediaan belajar yang merujuk kepada keadaan diri murid. Pada pemahaman saya dalam bab ini, setiap murid mempunyai tahap kesediaan yang berbeza iaitu berbeza dari segi mental, status sosioekonomi dan minat. Kesediaan belajar murid adalah menerusi kesediaan kognitif, afektif dan psikomotor. Akhir sekali, ialah pembelajaran yang menumpukan kepada motivasi murid yang terbahagi kepada motivasi instrinsik dan ekstrinsik. Kesimpulannya, sesebuah sekolah itu mestilah mempunyai sistem pengurusan murid yang sistematik bagi memudahkan urusan pentadbiran. Selain itu, guru juga mestilah menumpukan kepada aspek menguruskan murid yang merujuk kepada tahap kesediaan murid di dalam kelas berdasarkan kepada proses memotivasikan murid bagi meningkatkan minat murid dalam pembelajaran. Akhir sekali, melalui bab pengurusan murid, guru dapat mengenali murid-muridnya dan memperbaiki cara pengajarannya di dalam kelas.





NOTA TOPIK 5 PENGURUSAN MURID KULIAH MISS IZAZOL


Comments

Popular posts from this blog

TOPIK 9 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Bab Tambahan B : Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)