TOPIK 8 STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

ULASAN

Topik ini menumpukan mengenai aktiviti pembelajaran, fizikal dan psikososial. Dimana keberkesanan pengrusan bilik darjah ini adalah bertujuan untuk memastikan suasana pembelajaran yang positif, mengurangkan masalah disiplin dan meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran. Topik ini menerangkan mengenai persekitaran fizikal bilik darjah dimana sesuatu bilik darjah itu mestilah selamatan untuk digunakan, identiti simbolik, perkembangan dan juga ketenangan. Seterusnya, aspek yang penting dalam pengurusan bilik darjah juga menumpukan kepada pengurusan psikososial yang mana guru berperanan sebagai pendidik. Selain itu, saya dapat memahami mengenai pengurusan pembelajaran diamana ianya berpusatkan guru, bahan dan pelajar dimana ianya menumpukan aspek kandungan , pengajaran, alat instuksional dan pentaksiran. Sejajar dengan itu, persekitaran pembelajaran juga boleh mempengaruhi tingkah laku dan interaksi sosial antara pelajar. Persekitaran pembelajaran juga boleh dirancang dan diurus dengan baik bagi membolehkan pelajar belajar dengan selesa, mengumpul maklumat pembelajaran secara aktif, menimba pengalaman yang bersesuaian, menilai pembelajaran sendiri dan membuat maklum balas terhadap pengalaman peribadi dalam pelbagai konteks. Startegi  pengurusan bilik darjah dapat dilihat berdasarkan kepada unsur fizikal bilik pembelajaran iaitu sistem penyimpanan rekod dan pengurusan bilik pembelajaran. Seterusnya, interaksi juga merupakan salah satu startegi pengurusan bilik darjah di sekolah. Akhir sekali, dalam bab ini, saya mempelajari mengenai pentaksiran dimana pentaksiran berasaskan sekolah ini terbahagi kepada pusat, bilik darjah, jasmani dan psikometrik. Kesimpulannya, aspek pengurusan bilik darjah merupakan aspek yang penting bagi memastikan suasana pembelajaran itu dapat menarik minat para pelajar dan untuk mengurangkan masalah tingkah laku.



NOTA TOPIK 8 PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN KULIAH MISS IZAZOL

Comments

Popular posts from this blog

TOPIK 9 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Bab Tambahan B : Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)