Posts

TOPIK 10 PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Image
ULASAN Topik ini merujuk kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Hal ini kerana, unit bimbingan dan kaunseling merupakan unit yang penting dalam pendidikan dimana guru bukan sahaja memainkan peranan dalam pembelajaran sebaliknya juga dalam pembentukan disiplin dah sahsiah murid di sekolah. Topik ini juga menumpukan kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dimana para murid boleh mendpatkan khidmat kaunseling daripada guru kaunseling ataupun kaunselor.   Selain itu, dapat mengenalpasti perbezaan antara bimbingan dan penasihatan dan juga kaunseling dan mengetahui 4 prinsip dalam pengurusan penasihatan murid.  Dalam bab ini kita dapat mempelajari jenis ruang bilik kaunseling seperti bilik kaunseling individu dan kelompok. Guru kaunseling memainkan pelbagai peranan dalam perkembangan sahsiah disiplin, mental dan juga pengurusan akademik dan kerjaya murid. Hal ini adalah berdasarkan program-program tertentu seperti Amalan Guru Penyayang, Program Minda Sihat, Dasar Warga...

TOPIK 9 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Image
ULASAN Topik ini merujuk kepada tingkah laku seseorang inidividu.  Tingkah laku juga merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.  Pengurusan tingkah laku  boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkahlaku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.   Pengurusan Tingkah Laku merujuk kepada kaedah yang digunakan terhadap murid yang bermasalah berdasarkan kepada rancangan-rancangan tertentu. Menerusi bab ini, saya dapat memahami mengenai sistem data dan rekod yang digunakan bagi mengemaskini maklumat tahap disiplin pelajar. Hal ini dimana, sistem yang digunakan adalah Sistem Sahsiah Diri Murid diamana ianya digunakan untuk membantu pihak sekolah menentukan hukuman yang sepatutnya dikenakan kepada murid yang bermasalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas. M...

TOPIK 8 STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

Image
ULASAN Topik ini menumpukan mengenai aktiviti pembelajaran, fizikal dan psikososial. Dimana keberkesanan pengrusan bilik darjah ini adalah bertujuan untuk memastikan suasana pembelajaran yang positif, mengurangkan masalah disiplin dan meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran. Topik ini menerangkan mengenai persekitaran fizikal bilik darjah dimana sesuatu bilik darjah itu mestilah selamatan untuk digunakan, identiti simbolik, perkembangan dan juga ketenangan. Seterusnya, aspek yang penting dalam pengurusan bilik darjah juga menumpukan kepada pengurusan psikososial yang mana guru berperanan sebagai pendidik. Selain itu, saya dapat memahami mengenai pengurusan pembelajaran diamana ianya berpusatkan guru, bahan dan pelajar dimana ianya menumpukan aspek kandungan , pengajaran, alat instuksional dan pentaksiran. Sejajar dengan itu, p ersekitaran pembelajaran juga boleh mempengaruhi tingkah laku dan interaksi sosial antara pelajar. Persekitaran pembelajaran juga boleh dirancang dan...

TOPIK 7 PENGURUSAN SUMBER

Image
ULASAN Topik ini merujuk kepada sumber yang digunakan oleh guru bagi menarik minat pelajar untuk menguasai sesuatu topik pembelajaran. Dalam pendidikan, pengurusan sumber merujuk kepada pusat sumber iaitu Pusat Sumber Sekolah    dan langkah pembentukkan PSS yang berkesan . Hal ini dimana, PSS memainkan peranan sebagai tempat mengumpul dan menyimpan bahan bacaan untuk para murid berdasarkan kepada objektif pusat sumber itu sendiri. Sesebuah pusat sumber itu dianggap sebagai berkesan berdasarkan kepada penggunaan,kepimpinan, kewangan, kemudahan fizikal dan koleksi bahan pusat sumber tersebut. Berdasarkan pemahaman saya dalam bab ini, sesebuah pusat sumber sekolah yang lengkap ialah pusat sumber yang mempunyai bahan dan perkakasan yang lengkap untuk kegunaan murid. Kesimpulannya, murid juga mengamalkan konsep pembelajaran berdasarkan sumber dimana ia dapat membantu murid untuk mengingkatkan keupayaan pengetahuan murid. NOTA TOPIK 7 PENGURUSAN SUMBER KULIAH MISS IZAZOL ...

TOPIK 6 PENGURUSAN BILIK DARJAH

Image
ULASAN Topik ini membincangkan mengenai Pengurusan Alam Pembelajaran dimana ianya pengurusan ini merujuk kepada proses menjalankan sesuatu kerja dengan teratur. Pembelajaran pula merujuk kepada kaedah untuk mempelajari mengenai sesuatu yang baharu samada pengetahuan sediaada mahupun kemahiran. Berdasarkan bab ini, saya telah mempelajari mengenai aspek penting mengenai perancangan bagi aktiviti PdPc iaitu bagi memastikan pengajaran menjadi berkesan dan mencapai objektif pengajaran. Salah satu perancangan yang boleh dibuat oleh guru bagi memastikan aktiviti pengajaran berkesan adalah dengan menggunakan sumber ataupun bahan seperti buku teks, buku rujukan,komputer dan juga peta. Hal ini kerana, bahan-bahan yang digunakan tersebut merupakan salah satu komponen dalam PdPc selain daripada strategi pengajaran yang bersesuaian. Selain itu, salah satu pengurusan alam pembelajaran adalah guru mestilah cekap dalam menguruskan iaitu dengan melakukan persediaan sebelum mengajar. Berdasarkan topik...

TOPIK 5 PENGURUSAN MURID

Image
ULASAN Topik ini menerangkan mengenai sesuatu proses pengurusan yang merujuk kepada proses merancang mengorganisasikan dan mengawal sesuatu perkara bertujuan untuk mencapai objektif tertentu. Dalam bab ini, saya dapat memahami mengenai pengurusan murid yang terbahagi kepada hal ehwal murid dan pembelajaran. Hal ini dimana, melalui pengurusan murid yang menumpukan kepada hal ehwal murid adalah berdasarkan kepada rekod murid. Pengurusan rekod murid ini merujuk kepada penggunaan sistem-sistem seperti SMM, APDM, dan juga SPS yang digunakan bagi mengemaskini status murid    dari segi perbezaan jantina, perbezaan kadar pertumbuhan fizikal, perbezaan perkembangan mental, perbezaan minat dan kecenderungan , perbezaan status sosioekonomi dan perbezaan kecerdasan individu . Dapat dilihat bahawa pengurusan rekod murid ini akan dikendalikan oleh guru kelas dan guru data dalam mengemaskini maklumat dan mengumpul data murid. Seterusnya, berdasarkan pengurusan murid yang menumpukan kepada...

TOPIK 4 ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

Image
ORGANISASI Sebuah organisasi dapat ditakrifkan sebagai sekumpulan manusia yang berkerjauntuk mencapai matlamat-matlamat yang tertentu dan dalam suasana yang tertentu.Mereka perlu bekerjasama dan berhubung antara satu dengan lain bagi menyiapkansesuatu tugas itu. Zainal Ariffin Ahmad dalam bukunya ‘Perlakuan Organisasi’(1998) telah mendefinisikan organisasi sebagai satu kumpulan manusia yang kerja bersama untuk mencapai matlamat umum. Sementara Campbell et al. (1988), pulamentakrifkan organisasi sebagai sekumpulan manusia yang bekerja untuk mencapaimatlamat-matlamat tertentu dalam sesuatu suasana yang tertentu. KEPIMPINAN Kepimpinan ialah “satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini ialah...