TOPIK 14 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
ULASAN Topik ini menjelaskan mengenai definisi pengurusan alam pembelajaran, kemahiran asas yang diperlukan oleh guru dalam mengurus pembelajaran, kepentingan pengurusan alam pembelajaran dan kaedah untuk mempelajari mengenai sesuatu yang baharu samada pengetahuan mahupun kemahiran. Berdasarkan topik ini, saya telah mempelajari mengenai aspek - aspek penting mengenai perancangan bagi aktiviti PdPc iaitu bagi memastikan pengajaran menjadi berkesan dan mencapai objektif pengajaran. Salah satu perancangan yang boleh dibuat oleh guru bagi memastikan aktiviti pengajaran berkesan adalah dengan menggunakan sumber ataupun bahan seperti buku teks, buku rujukan,komputer dan juga peta. Hal ini kerana, bahan-bahan yang digunakan tersebut merupakan salah satu komponen dalam PdPc selain daripada strategi pengajaran yang bersesuaian. Selain itu, salah satu pengurusan alam pembelajaran adalah guru mestilah cekap dalam menguruskan iaitu dengan melakukan persediaan sebelum mengajar. Berdasarkan top