Posts

Showing posts from 2020

TOPIK TAMBAHAN : KPS3014 KUMPULAN O KULIAH MISS IZAZOL

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Okay, tak banyak pon yang nak saye kongsikan mengenai kelas KPS3014 Pengursan Pembelajaran yang dibimbing oleh Miss Izazol. Setakat ini, hanya beberapa kelas sahaja yang bersemuka di UPSI, tetapi selepas berlakunya musim pendamik covid-19 ni pembelajaran secara atas talian dari rumah sahaja. Namun begitu, bersyukur kepada Allah, kumpulan PBS kami sempat menjalankan lawatan ke sekolah sebelum PKP yang lepas. Kelas miss best giler laaa...miss sempoi jer ajar kami, alhamdulillah mudah faham, TAPI...everytime masuk jer kelas miss, confirm tahap nervous sama level dengan gunung mat cincang. Saya hanya hendak berkongsi dengan miss izazol satu secret about diri saya. Actually kan dalam kelas miss tuh ade ex-crush saya. Awal-awal masuk UPSI dulu dah saye ade hati dengan si dye. TAPI...saya pendam, TUPTUP...one day, dye confess kat saye dulu yang dye suke dekat saye. Bermula laa episode berbunga-bunga. Kami sempat berkenalan dalam masa 3 bulan,

Bab Tambahan B : Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Image
Latar Belakang Pendidikan Pencegahan Dadah Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan 'Dadah Musuh Utama Negara'. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa) di sekolah. Sasaran utama program berkenaan ialah murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa. PPDa di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu; Pengurusan dan Kepimpinana Kurikulum  Kokurikulum Pembentukan Sahsiah Objektif Pendidikan Pencegahan Dadah Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru, kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan gejala dadah. Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani. Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nialai murni. Me

Bab Tambahan A : Pengurusan Keselamatan Sekolah

Image
DEFINISI Sekolah Selamat didefinisikan  sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan atau ancaman dari mana-mana pihak samada dari luar mahupun dari dalam sekolah. OBJEKTIF Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan. Mempastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.  Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat. Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah. Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka. Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat(JKSS) Pengerusi : Pengetua/Guru Besar  Naib Pengerusi : Penolong Kanan HEM  

TOPIK 14 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Image
ULASAN Topik  ini menjelaskan mengenai definisi pengurusan alam pembelajaran, kemahiran asas yang diperlukan oleh guru dalam mengurus pembelajaran, kepentingan pengurusan alam pembelajaran dan   kaedah untuk mempelajari mengenai sesuatu yang baharu samada pengetahuan mahupun kemahiran. Berdasarkan topik ini, saya telah mempelajari mengenai aspek - aspek penting mengenai perancangan bagi aktiviti PdPc iaitu bagi memastikan pengajaran menjadi berkesan dan mencapai objektif pengajaran. Salah satu perancangan yang boleh dibuat oleh guru bagi memastikan aktiviti pengajaran berkesan adalah dengan menggunakan sumber ataupun bahan seperti buku teks, buku rujukan,komputer dan juga peta. Hal ini kerana, bahan-bahan yang digunakan tersebut merupakan salah satu komponen dalam PdPc selain daripada strategi pengajaran yang bersesuaian. Selain itu, salah satu pengurusan alam pembelajaran adalah guru mestilah cekap dalam menguruskan iaitu dengan melakukan persediaan sebelum mengajar. Berdasarkan top

TOPIK 13 SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Image
ULASAN Topik ini membincangkan mengenai  keberkesanan pengurusan sesebuah sekolah itu, ianya bukan sahaja bergantung kepada peranan pihak pentadbiran dan juga guru sebaliknya ianya juga bergantung kepada sekolah dan persekitaran yang memfokuskan kepada hubungan sekolah dengan masyarakat. Hal ini dimana, persekitaran ini merujuk kepada interaksi pihak sekolah dan pihak luar seperti ibu bapa, pihak kerajaan dan juga masyarakat sekeliling berdasarkan kepada hubungan tiga dimensi    iaitu tiga dimensi interaksi dalaman sekolah dan tiga interaksi luar sekolah. Setiap interaksi ini mempunyai kepentingan masing-masing bagi menyelesaikan perihal masalah di sekolah.  Berdasarkan topik ini, saya dapat mempelajari mengenai hubungan antara sekolah dan ibu-bapa iaitu Persatuan Ibu Bapa Dan Guru(PIBG) dimana ibu bapa memainkan peranan dalam memberi sokongan berbentuk moral kepada pihak sekolah. Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan sebagai contoh kepada anak-anak selain daripada guru ketik

TOPIK 12 PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

Image
ULASAN Topik ini membincangkan mengenai murid  yang mempunyai keperluan khas    serta masalah -masalah yang dihadapi oleh mereka,  lebih terperinci mengenai pemulihan, pengayaan, dan program - program pendidikan khas  yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas. Hal ini dimana, dari segi pemulihan saya telah mempelajari mengenai murid yang mengalami masalah 3M, dimana guru mestilah memainkan peranan penting dari segi pengajaran dan pembelajaan bagi mengatasi masalah murid yang mengalami masalah 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Seterusnya, saya telah mempelajari mengenai pengayaan, dimana berdasarkan topik ini saya telah mempelajari konsep pengayaan dimana ianya adalah bercorak belajar sendiri bagi membantu murid mengatasi masalah berdasarkan pengayaan mendatar dan juga menegak. Selain itu, berdasarkan topik ini juga saya telah mempelajari mengenai ber

TOPIK 11 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Image
ULASAN Topik ini menjelaskan mengenai sikap saling hormat menghormati diantara budaya-budaya yang berbeza diantara pelbagai kelompok masyarakat. Berdasarkan topik ini, saya dapat mempelajari mengenai teori sosial pelbagai budaya di mana ianya terbahagi kepada tiga teori iaitu Teori Melting Pot 1: Anglo Conformity. Teori ini merujuk kepada golongan minoriti yang perlu menghormati pegangan golongan majoriti sebagai dominan. Seterusnya ialah Teori Melting Pot II : Ethnic Synthesis dimana golongan masyarakat bergabung bagi membentuk identiti yang baru. Disamping itu ialah Teori Cultural Pluralism : Mosaic Analogy dimana masyarakat yang bebas mempraktikan budaya yang berbeza mengikut golongan masyarakat. Berdasarkan teori-teori tersebut, saya dapat mempelajari bahawa terdapat pelbagai budaya yang berbeza dalam kalangan masyarakat walaubagaimanapun masyarakat masih bebas mempraktikan budaya masing-masing tanpa menimbulkan sebarang isu dan konflik. Sejajar dengan itu, dalam pendidikan juga

TOPIK 10 PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Image
ULASAN Topik ini merujuk kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Hal ini kerana, unit bimbingan dan kaunseling merupakan unit yang penting dalam pendidikan dimana guru bukan sahaja memainkan peranan dalam pembelajaran sebaliknya juga dalam pembentukan disiplin dah sahsiah murid di sekolah. Topik ini juga menumpukan kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dimana para murid boleh mendpatkan khidmat kaunseling daripada guru kaunseling ataupun kaunselor.   Selain itu, dapat mengenalpasti perbezaan antara bimbingan dan penasihatan dan juga kaunseling dan mengetahui 4 prinsip dalam pengurusan penasihatan murid.  Dalam bab ini kita dapat mempelajari jenis ruang bilik kaunseling seperti bilik kaunseling individu dan kelompok. Guru kaunseling memainkan pelbagai peranan dalam perkembangan sahsiah disiplin, mental dan juga pengurusan akademik dan kerjaya murid. Hal ini adalah berdasarkan program-program tertentu seperti Amalan Guru Penyayang, Program Minda Sihat, Dasar Warga Emas Neg

TOPIK 9 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Image
ULASAN Topik ini merujuk kepada tingkah laku seseorang inidividu.  Tingkah laku juga merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.  Pengurusan tingkah laku  boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkahlaku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.   Pengurusan Tingkah Laku merujuk kepada kaedah yang digunakan terhadap murid yang bermasalah berdasarkan kepada rancangan-rancangan tertentu. Menerusi bab ini, saya dapat memahami mengenai sistem data dan rekod yang digunakan bagi mengemaskini maklumat tahap disiplin pelajar. Hal ini dimana, sistem yang digunakan adalah Sistem Sahsiah Diri Murid diamana ianya digunakan untuk membantu pihak sekolah menentukan hukuman yang sepatutnya dikenakan kepada murid yang bermasalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas. Menerusi topik ini juga saya dapat

TOPIK 8 STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

Image
ULASAN Topik ini menumpukan mengenai aktiviti pembelajaran, fizikal dan psikososial. Dimana keberkesanan pengrusan bilik darjah ini adalah bertujuan untuk memastikan suasana pembelajaran yang positif, mengurangkan masalah disiplin dan meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran. Topik ini menerangkan mengenai persekitaran fizikal bilik darjah dimana sesuatu bilik darjah itu mestilah selamatan untuk digunakan, identiti simbolik, perkembangan dan juga ketenangan. Seterusnya, aspek yang penting dalam pengurusan bilik darjah juga menumpukan kepada pengurusan psikososial yang mana guru berperanan sebagai pendidik. Selain itu, saya dapat memahami mengenai pengurusan pembelajaran diamana ianya berpusatkan guru, bahan dan pelajar dimana ianya menumpukan aspek kandungan , pengajaran, alat instuksional dan pentaksiran. Sejajar dengan itu, p ersekitaran pembelajaran juga boleh mempengaruhi tingkah laku dan interaksi sosial antara pelajar. Persekitaran pembelajaran juga boleh dirancang dan

TOPIK 7 PENGURUSAN SUMBER

Image
ULASAN Topik ini merujuk kepada sumber yang digunakan oleh guru bagi menarik minat pelajar untuk menguasai sesuatu topik pembelajaran. Dalam pendidikan, pengurusan sumber merujuk kepada pusat sumber iaitu Pusat Sumber Sekolah    dan langkah pembentukkan PSS yang berkesan . Hal ini dimana, PSS memainkan peranan sebagai tempat mengumpul dan menyimpan bahan bacaan untuk para murid berdasarkan kepada objektif pusat sumber itu sendiri. Sesebuah pusat sumber itu dianggap sebagai berkesan berdasarkan kepada penggunaan,kepimpinan, kewangan, kemudahan fizikal dan koleksi bahan pusat sumber tersebut. Berdasarkan pemahaman saya dalam bab ini, sesebuah pusat sumber sekolah yang lengkap ialah pusat sumber yang mempunyai bahan dan perkakasan yang lengkap untuk kegunaan murid. Kesimpulannya, murid juga mengamalkan konsep pembelajaran berdasarkan sumber dimana ia dapat membantu murid untuk mengingkatkan keupayaan pengetahuan murid. NOTA TOPIK 7 PENGURUSAN SUMBER KULIAH MISS IZAZOL

TOPIK 6 PENGURUSAN BILIK DARJAH

Image
ULASAN Topik ini membincangkan mengenai Pengurusan Alam Pembelajaran dimana ianya pengurusan ini merujuk kepada proses menjalankan sesuatu kerja dengan teratur. Pembelajaran pula merujuk kepada kaedah untuk mempelajari mengenai sesuatu yang baharu samada pengetahuan sediaada mahupun kemahiran. Berdasarkan bab ini, saya telah mempelajari mengenai aspek penting mengenai perancangan bagi aktiviti PdPc iaitu bagi memastikan pengajaran menjadi berkesan dan mencapai objektif pengajaran. Salah satu perancangan yang boleh dibuat oleh guru bagi memastikan aktiviti pengajaran berkesan adalah dengan menggunakan sumber ataupun bahan seperti buku teks, buku rujukan,komputer dan juga peta. Hal ini kerana, bahan-bahan yang digunakan tersebut merupakan salah satu komponen dalam PdPc selain daripada strategi pengajaran yang bersesuaian. Selain itu, salah satu pengurusan alam pembelajaran adalah guru mestilah cekap dalam menguruskan iaitu dengan melakukan persediaan sebelum mengajar. Berdasarkan topik

TOPIK 5 PENGURUSAN MURID

Image
ULASAN Topik ini menerangkan mengenai sesuatu proses pengurusan yang merujuk kepada proses merancang mengorganisasikan dan mengawal sesuatu perkara bertujuan untuk mencapai objektif tertentu. Dalam bab ini, saya dapat memahami mengenai pengurusan murid yang terbahagi kepada hal ehwal murid dan pembelajaran. Hal ini dimana, melalui pengurusan murid yang menumpukan kepada hal ehwal murid adalah berdasarkan kepada rekod murid. Pengurusan rekod murid ini merujuk kepada penggunaan sistem-sistem seperti SMM, APDM, dan juga SPS yang digunakan bagi mengemaskini status murid    dari segi perbezaan jantina, perbezaan kadar pertumbuhan fizikal, perbezaan perkembangan mental, perbezaan minat dan kecenderungan , perbezaan status sosioekonomi dan perbezaan kecerdasan individu . Dapat dilihat bahawa pengurusan rekod murid ini akan dikendalikan oleh guru kelas dan guru data dalam mengemaskini maklumat dan mengumpul data murid. Seterusnya, berdasarkan pengurusan murid yang menumpukan kepada pembelaj

TOPIK 4 ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

Image
ORGANISASI Sebuah organisasi dapat ditakrifkan sebagai sekumpulan manusia yang berkerjauntuk mencapai matlamat-matlamat yang tertentu dan dalam suasana yang tertentu.Mereka perlu bekerjasama dan berhubung antara satu dengan lain bagi menyiapkansesuatu tugas itu. Zainal Ariffin Ahmad dalam bukunya ‘Perlakuan Organisasi’(1998) telah mendefinisikan organisasi sebagai satu kumpulan manusia yang kerja bersama untuk mencapai matlamat umum. Sementara Campbell et al. (1988), pulamentakrifkan organisasi sebagai sekumpulan manusia yang bekerja untuk mencapaimatlamat-matlamat tertentu dalam sesuatu suasana yang tertentu. KEPIMPINAN Kepimpinan ialah “satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini ialah